BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM – Sekolah Rendah Islam Al Hijrah akan menganjurkan Hari Terbuka Pendaftaran Sesi 2027 pada ketetapan berikut:


📅 Tarikh: Sabtu, 28 November 2026

⏰ Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang

📍 Tempat: Sekolah Rendah Islam Al Hijrah, Bukit Jelutong, Shah Alam.


Program ini bertujuan memperkenalkan persekitaran serta perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan oleh Sri Al Hijrah di samping membuka peluang kepada ibu bapa yang berminat untuk membuat pendaftaran anak-anak bagi sesi persekolahan 2027.

Antara pengisian utama program ialah Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru, selain tawaran istimewa diskaun RM100 bagi setiap pendaftaran sepanjang promosi yang ditawarkan.

Bagi memeriahkan suasana, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan khusus untuk kanak-kanak dan keluarga, antaranya:


🎪 Persembahan dan hiburan badut

🎨 Permainan Sand Art

🐠 Aktiviti sauk-sauk ikan

🎯 Permainan tembak sasaran


Pengunjung juga berpeluang menikmati suasana santai di sudut kopi dengan kehadiran CTC (Crafted To Connect) yang menyediakan sajian kopi untuk para pengunjung.


Orang ramai, khususnya ibu bapa yang sedang mencari institusi pendidikan Islam untuk anak-anak, dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat lanjut serta mengambil peluang promosi pendaftaran sesi 2027.


Jom hadir beramai-ramai! Bawa keluarga dan anak-anak untuk bersama-sama memeriahkan Hari Terbuka Sri Al Hijrah.


MAKLUMAT LANJUT & PENDAFTARAN

📞 03-7859 9898

📱 011-5381 1414

🌐 www.srialhijrah.com

📘 Facebook: Sekolah Rendah Islam Al-Hijrah, Bukit Jelutong

SRI AL HIJRAH

Generasi Al Quran, Generasi Rabbani.